Kraxken Dilantik Sebagai Pembekal Jersi Revoltage

Bagi tahun 2017 ini, pihak Revoltage telah melantik Kraxken Clothing & Jersey sebagai pembekal rasmi jersi Revoltage. Di mana di dalam kerjasama ini, pihak Kraxken akan menyediakan sebuah rekabentuk atau design bagi jersi [esports jersey].

Nama Kraxken tidak asing lagi dalam dunia esports, mereka juga telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan beberapa design jersi kepada beberapa buah kelab dan pasukan. Untuk melihat hasil design dan kerja mereka, bolehlah melayari Facebook dan Instagram Kraxken.

Hasil perbincangan di antara pemilik atau founder Kraxken dan pihak Revoltage, Kraxken bakal menyertai aktiviti dan perancangan yang telah dan akan dibuat hasil kerjasama Revoltage, Team.GR dan Gamer Malaya sebelum ini.

Maka secara kesimpulannya, diharap dengan kehadiran Kraxken dalam kerjasama ini dapat mengembangkan lagi industri esports di Malaysia pada masa akan datang.

Leave a Reply