Revoltage Menjalinkan Kerjasama Dengan Team.GR & Gamer Malaya

Pada 29 Januari 2017 yang lepas, pihak Revoltage telah menyertai satu perjumpaan dengan founder Team.GR dan Gamer Malaya serta beberapa orang wakil daripada kelab eSports di Malaysia seperti GoodFellas dan MetamorphiC Gaming (MTP).

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa topik serta hala tuju eSports di Malaysia amnya dan khususnya kepada kelab seperti Revoltage, GoodFellas dan MTP. Antara topik yang menarik telah dibincangkan adalah bagaimana kaedah atau cara membuka mata masyarakat di Malaysia agar memandang serius terhadap industri eSports dalam negara sekarang.

Selain daripada itu juga, topik bagaimana mempromosikan industri eSports secara meluas juga dibualkan selain bagaimana membina jenama setiap kelab seperti Revoltaga agar terus berkembang dan dikenali ramai dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian, Gamer Malaya telah dilantik dan bersetuju untuk menjadi rakan kongsi media. Di mana Gamer Malaya merupakan salah sebuah portal perkongsian berita-berita permainan video yang kian berkembang seiring dengan lain-lain portal permainan video di Malaysia dan dunia.

Maka dengan itu, Gamer Malaya akan mempromosikan serta membawakan berita atau sebarang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Team.GR serta kelab-kelab yang terlibat sebagai rakan kongsi.

Topik penajaan juga hangat diperbincangkan di dalam perjumpaan tersebut, apakah tindakan yang perlu diambil dan bagaimana untuk melaksanakannya. Serta siapakah atau syarikat manakah yang bakal menjadi penaja di masa akan datang.

Secara kesimpulannya, perjumpaan pada kali ini lebih kepada membina rangkaian di antara Revoltage, Team.GR, Gamer Malaya serta kelab seperti GoodFellas dan MTP. Melalui rangkaian ini diharapkan dapat mempermudahkan segala perancangan yang telah dibuat untuk di masa-masa yang akan datang.

Diharap dengan kerjasama ini akan menjadi titik permulaan kepada komuniti gamer yang lebih sihat serta berdaya saing seiring dengan sukan fizikal.

Leave a Reply